Ahad, 4 Mac 2012

Bersiap sedia

Sediakan payung sebelum hujan
Pepatah yang sering diperkatakan
Tapi tak ramai yang ambil sebagai peringatan
Hanya sebagai penyedap perkataan

Alangkah bagusnya kita mendalami
Sebagai panduan diri sendiri
Agar tidak tenggelam dengan dunia sendiri
Sebelum masalah memunculkan diri

Ramai yang tidak faham erti bersiap sedia
Ramai yang ambil leka
Ramai juga yang alpa
Dengan kesenangan yang sedia ada

Ambillah peluang sementara ada
Untuk ubah hidup yang sedia ada
Supaya kesempitan yang datang akan menjadi lega
Kerana kita sudah ambil langkah berjaga-jaga

Ambillah keputusan yang tepat
Supaya kita lebih selamat
Supaya senang didunia dan senang diakhirat
InsyaAllah hidup kita takkan melarat...

Template by:

Free Blog Templates