Ahad, 30 Oktober 2011

Hasil nukilanku

Aku
Aku adalah aku
Yang masih seperti dulu
Tetapi berbeza matlamat dan arah tuju

Dulu
Aku hanya seorang insan biasa
Yang sudah selesa dengan apa yang ada
Tidak mampu berbuat apa-apa
Ingin mengubah hidup tetapi tiada cara
Berkerja pun biasa-biasa

Melihat kesenangan orang ada-ada
Mempunyai segala-galanya
Adakah ini milik orang yang berkuasa sahaja
Bagaimana aku??
Adakah aku ingin melihat sahaja??

Oh tidak!!
Semua ini tidak boleh terjadi
Aku kena ubah hidupku ini
Tidak boleh hanya sebagai pemakan gaji
Kos hidup makin tinggi
Tgkla harga roti
Semakin lama semakin menjadi2

Semakin lama ku fikirkan "ini tidak boleh jadi"
Apa nasib anak2 ku bila mereka dewasa nanti
Apakah nasibnya jika aku masih begini

Tak salah jika kita mencari lebih
Untuk keluarga, mak abah, masyarakat dan agama
Nak pergi haji semasa muda
Mmg semua impian kita
Apatah lagi ingin menjadi kaya

Kini
Aku berazam
Dengan segala kudrat
Walau badai melanda
Ku tetap harungi jua
Bersama AT 181
Ku nekadkan usaha
InsyaAllah, jika kita usaha
Pasti kita akan berjaya
Menjadi insan luar biasa
Sebagai pembela nasib keluarga
Untuk agama, bangsa dan negara

Isnin, 24 Oktober 2011

Wanita Anggun Bergaya

Sabtu

Wah!! 1st time WAB di melaka.. Thanks kak Nor sudi anjurkan WAB kat sini.. mmg dah lama ternanti.. Bertempat di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Alhamdulillah WAB berjaya terlaksana.. Hebatnya CDM Faridah, CDM Kartini.. Datang dr USJ semata-mata ingin membantu tenaga kerja di Melaka.. Mana kita nak dapat pemimpin macam ni..

So, kali ini WAB di Melaka dapat ajak Azwa (adik ipar).. Yang lain semua tak dapat dengan alasan jauh.. Rugila sape yang tak datang tu..


Tahniah wa, Bersemangat Wa datang.. Nak cantik jugak.. Bulan 12 nak pakai PB.. tak boleh jadi ni...

Posing sekejap :)

Kak Pah datang dr Kuala Pilah untuk ajar solek pada ptg ni.. Macam2 teknik diajar..


Chantek!!!


Kak Tini ajar macamana nak jadi kaya pulak... mmg clear penerangannya..

Ahad

Penat tak terasa.. ku gagahkan jua untuk WAB di USJ 9 Subang Jaya.. Siti dan Nor dari Proton dah berjanji untuk datang ke kelas WAB.. Tetamu dah nak hadir kenalah disambut kan??


Tahniah Siti dan Nor.. Sudi luangkan masa untuk program "Wanita Anggun Bergaya"

Salah seorang peserta sedang disolek oleh Kak Ina

Kak Haryati sebagai MC.. Terpukau dengan kata-katanya..

Wanita2 diluar sana jomlah ke program "Wanita Anggun Bergaya" ni ..setiap sabtu dan ahad di usj9, subang jaya.. call saya sebelum nak datang..Macam2 tips boleh dapat..

Yus:0192767181



Khamis, 20 Oktober 2011

Celebrate Birthday Seha di RUmah PakNgah :)

Thanks to Pak Ngah, Mak Ngah yang sudi menaja lokasi celebrate besday Seha malam tadi..
Mama saje nak buat kat sana sebab dah lama tak pergi umah pak ngah
Thanks juga kepada Pak Lang, Mak Lang, Mak Ngah dan Acik Oon coz sudi datang
Memang best hadiah kek besday from Pak Ngah dan Mak Ngah
Nnti boleh sponsor lagi ye..

Jom Layan Gambar sempena besday SEHA

Fresh made Chocolate Indulgance from Secret Recipe..Thanks pak nGah N Mak nGah

Selamat Hari Lahir.. Selamat Hari Lahir.. Selamat Hari Lahir.. Selamat Hari lahir Seha..
Selamat Hari Lahir....


Zulaikha.. anak pak Lang..Comel!!!

Spagetti tu mama buat.. mee tu mak ngah buat.. semua sedap..Yummy!!!

Kusyuk semua orang.. Lapo...

Tgk besday girl kat bawah tu, bukan main besar lagi dia nganga...
Give me 5!!!



Rabu, 19 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir Fasihah

Buat Anak Mama (Nur Fasihah)



Anakku
Mama ingin memberitahumu
Sesungguhnya dikaulah cahaya hatiku
Kurniaan Allah yang sgt teragung

9 bulan di dalam kandungan
Tak terasa peritnya
Walaupun banyak dugaan
dan banyak perngorbanan
mama tetap kuatkan semangat
untuk mengandungkan mu ku relakan

Fasihah
Kini usiamu sudah meningkat
Kepetahan mu bagai mukjizat
dari Yang Maha Esa pemberi nikmat

Mama bersyukur mempunyai anak sepertimu
Membesarlah Fasihah dengan ilmu
Hanya Ilmu sahaja dapat menolongmu
Memberi panduan sepanjang jalan hidupmu
Agar tidak terpesong di waktu kau buntu

Mama dan Papa berusaha siang dan malam
memberikan yang terbaik utk anak2 mama
supaya masa depan tidak kelam
ibaratnya gelap gulita di kala malam

Fasihah
Semoga anak mama sentiasa sihat
Dan semoga Allah sentiasa memberikan berkat

Selamat Hari Lahir Yang Ke 3 Anakku
Mama Sayang Seha (^_^)

Ameen.

Selasa, 18 Oktober 2011

Testimoni Bioever

Berikut adalah beberapa testimoni selepas 10 minit dipakaikan bioever ini:

berumur 40 tahun keatas.. pipi naik serta merta..kulit lebih menegang..


berumur 30 tahun. Lihat hidung dan shape muka. Kulit muka kelihatan lebih halus.



Berumur baru 20 an. V-shape kelihatan, bekas jerawat kurang kelihatan. Kulit lebih moist.

Apa tggu lagi.. Semua mahu nampak muda kan? Jom pakai Bioever.

Hubungi saya di talian 0192767181.

BIOEVER - miracle cream

Sape nak jadi muda angkat tangan??
Semua nak jadi muda kan??
Semua tak nak jadi tua kan??
Tapi mana boleh, lama2 akan tua jugak..

Entry kali ini saya akan sharing satu produk
Yang tidak kurang hebatnya..
BIOEVER
Miracle cream

Krim Bio-Ever menggunakan sistem bio-teknology untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.
Pegaga(Centella Asiatica) - Kaya dengan vitamin A dan C,Menggalakkan penyembuhan luka, Merangsang sintesis kolagenWild Yam(Dioscorea Villosa) -  Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron, Mengawalatur metabolisme, Antioksidan dan meregangkan ototKacang Soya(Glycine Soja) -  Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen, Membantu masalah endokrin, Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit
Rumusan aktif Bio~Ever dirumuskan ke dalam liposom ( Sfera Lipid yang kecil dan kosong ) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperluka.n
Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Apa kandungan dlm BIOEVER ni?? Halal ke?

HALAL dan jangan ragui produk ini.. antara rumusan aktifnya adalah:


  1.  

Cukupkah pendapatan Kita

Assalam semua,
Semalam terbaca The Sun minggu lepas,
terpandang artikel ini.. Mmg menarik..
Tetapi apabila share dengan rakan sepejabat yang lain,
Rata2 tidak bersetuju dengan pembahagian yang dilakukan
Tetapi bagi saya, apabila pusing2 diamati.. ada juga benarnya..
Cuba lihat keratan artikel di bawah:

Kalau diikutkan perbelanjaan diatas mmg tidak munasabah. Sebab pendapatan nya ~RM 5000. Cuba kita tengok perbelanjaan bagi orang yang pendapatan sekitar RM2000 ~ RM3000 dan sudah berumah tangga. Kiralah sendiri ye....huhu.

AnDa DiMaTa OrAnG LaIn


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,




“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



Dipetik dari himpunan cerita Sedih...

Khamis, 13 Oktober 2011

Kelas Malam Selasa(BOOOM!!)

Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Kelas malam tadi mmg gamat
Memang Bersemangat
Tidak mengenal erti lelah dan penat
Semua nampak hebat

Disinilah ku menuntut ilmu
Mengutip pengalaman daripada sifu2
Belajar dan berkongsi peluang dengan rakan baru
Yang ingin keluar daripada kehidupan yang pilu

CDM Syed Huzair dengan ice breaking.. berjaya memecah segala kebuntuan :)

Tahniah Amy dan Fahmy.. Anda adalah orang yang terpilih daripada yang dipilih..


SM Hayati.. Seorang ibu tunggal.. Bekerja di IPD Port Dickson. Sedih mendengar kisah beliau. Ingin mengubah hidup. Pendapatan bulan pertama sebanyak +/- RM 4000. Hebat!! Kini beliau tidak lagi pandang kebelakang malah akan maju kehadapan bersama akademi untuk membela nasib anak2.

WOW!! hadiah jam tangan Roscani Bagi SM bulan pertama.. harganya lebih kurang RM500~RM600.. Seronoknya SM Hayati dapat jam tangan ni.. Mengalir air matanya :)
DSM TYI.. Mmg hebat leader ni.. Kena belajar dr dia ni :)

CDM Faridah.. Lagi Hebat!!!

Kepada rakan yang diluar sana, nak tengok2 dulu.. nak jengah2 dulu..maila call saya.. beri peluang kat diri anda untuk mendengar tentang kehebatan akademi ini... Jika anda tak beri peluang pada diri anda, anda telah melakukan kesilapan yang besar pada diri anda..

Berjumpa kita dipuncak kejayaan :)

Ahad, 9 Oktober 2011

Isteri cantik Suami bahagia


Apa pendapat anda tentang keratan akhbar ini?? mungkin mencemek, mungkin tersenyum sinis, mungkin ada tersenyum puas..

Apa pun rekasi kita, ini adalah realiti.. waima suami saya pun akan berkata perkara yang sama.. Kita orang perempuan harus jaga penampilan kita, jangan sampai bila berdiri disebelah suami, orang kata.. mcm kakak dengan adik.. Siapa yang salah?? Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri dahulu..

Menurut fakta, buah dada kita akan mengendur bermula dari 26 tahun setiap 1/2 cm.. Jika anda berumur 30 tahun, payudara anda sudah mengendur sebanyak 2 cm.. banyak tu!!!.. setiap penurunan 1/2 cm buah dada kita akan menarik muka kita kebawah, menjadikan usia kita berumur 4 tahun lebih tua dari usia kita sebenar.. Takut kan!!!

Oleh itu, kita mmg tidak dapat nak halang penuaan, tetapi kita boleh melambatkan nya dengan melakukan sesuatu..Bagaimana?? Dengan Premium Beautiful dan jamu Maharani InsyaAllah.. Anda akan berpuas hati..Sihat dapat Cantik pun Dapat...

Untuk rundingan percuma hubungi saya di talian 0192767181..

Rabu, 5 Oktober 2011

Api Dari Taipan Warrior

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama baru dapat menulis blog ini..

Terima kasih kepada sahabat yang sudi menjengah blog ini walaupun seketika..

Bagaimana anda hari ini?? Ceria?? Murung?? Bersemangat?? Lemah?? Yakin?? Mandom???

Sepulangnya malam tadi dari kelas di usj 9 taipan, mata tak dapat ditutup, fikiran terganggu, resah dan gelisah, semangat yang datang membuak-buak.. Kenapa?? Kata- kata dari CDM Fitri mmg membuka mata semua yang ada.. Semua terpaku, semua ternganga..

Apakah kata-kata semangat CDM ini yang membuat semua orang terpaku mendengarnya??? Tentulah pengalaman dan sharing beliau...

Antara kata-katanya.. Cuba fikirkan?? Apa hala tuju hidup kita skrg?? Adakah kita bekerja sekarang menjadikan kita makin susah atau senang??? Kenapa bila kita sudah bekerja selama berpuluh tahun, hidup kita semakin susah, tiada pertambahan.. Cuba fikirkan??? Adakah dgn kerja kita skrg dapat menampung masa depan akan datang?? Bagaimana dgn keperluan anak2 kita??

Dulu buat biz ni dalam keadaan tak tahu apa2.. Cuma ingin mengubah hidup dr yang biasa2.. Sanggup bersusah dtg dari penang untuk mendaptkn ilmu di kuala lumpur ibu kota..Kadang-kadang naik teksi, naik bas.. Sampai penang terus buat, buat, buat...sampai berjaya..

Beliau yakin disebalik pengorbanan yang dilakukan pasti ada ganjarannya.. Berpegang kepada janji CDM Kartini dan CDM Kamaruddin..bahawa mereka akan menjayakannya dan tidak akan meninggalkannya.. Nah!! Lihatlah hasilnya..

Seorang lagi mentor ku yang menjadi inspirasiku untuk berjaya.. InsyaAllah. akan ku tempuh segala badai dan onak duri.. Biarlah luka di kaki dan tanganku ini agar menjadi bukti kejayaan ku suatu hari nanti... Kejayaan takkan mudah dikecapi tanpa usaha yang gigih..

Template by:

Free Blog Templates