Rabu, 28 September 2011

1 Zulkaedah 1432H

Muharam
Safar
Rabiulawal
Rabiulakhir
Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab
Syaaban
Ramadhan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah

Hari genaplah 1 Zulkaedah 1432 H
Bulan Syawal telah berlalu
Apatah lagi bulan Ramadhan bulan seribu rahmat
yang telah lama meninggalkan kita
InsyaAllah panjang umur berjumpa di tahun 1433 
Bagaimana amalan kita??
Bagaimana hidup kita??
Ada perubahan??
Atau masih biasa-biasa??
Masih berada didalam zon selesa??
Tanpa membuat apa2??

Alhamdulillah..
Jika terus berusaha..
Ingin berjaya
Malanglah bagi orang yang berputus asa
Kerana kegagalan akan menjemput bila-bila masa

Bulan Muharam akan menjelma
Bulan baru
Tahun baru
Azam baru
Dimensi Baru
Buku Amalan baru
Matlamat Baru
Semangat Baru

Bekerjalah kamu ibarat kamu akan hidup seribu tahun lagi
Dan beribadahlah kamu ibarat kamu akan mati pada keesokan hari



Selasa, 27 September 2011

Congratz.. U're in the right track

Tahniah kepada semuga warga Taipan 181 yang hadir pada malam tadi
Alhamdulillah, Semangat yang luntur telah dicorakkan kembali
Hidup yang sedih menjadi ceria
Hati yang sedih menjadi riang
Malam yang gelap menjadi terang

Tahniah kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa
Membuka peluang kepada diri sendiri
Mendengar, meneliti, memahami
Segala prasangka buruk ditolak ketepi
Agar lebih jelas apa yang didengari
Memberi peluang kepada diri
Untuk meningkatkan potensi
Dari takut kepada berani
Agar menghadapi dunia realiti

Tahniah buat Fahmi
Sedang mencari peluang
Untuk meningkatkan ekonomi
Agar lebih senang di kemudian hari
Tanpa hidup sebagai pemakan gaji

Tahniah Fara dan Effa
keduanya2 bekerja di bank al-Rajhi
Tahniah buat anda berdua
Kerana sudi meluangkan masa bersama kami
Memberi peluang kepada diri sendiri
Berjumpa anda di WAB Sabtu nanti

Fahmi (berbaju belang) bersama suami tercinta

Fara dan Effa..

Alhamdulillah, jika skrg kita mesti membuat keputusan yang tepat
pasti kita tidak akan terlambat

BURUNG YANG PATAH SAYAP ATAU BURUNG YANG SIHAT???

Dipetik dari  (Imam Al-Ghazali, Penenang jiwa (Mukasyafah al-Qulub),2008 ms129-130)

Diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah.
Ibrahim bertanya, "Bagaimana mulanya sehingga kamu menjadi demikian?"
Syaqiq menjawab, "Aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya disitu. Maka aku berkata: Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. Maka aku berkata: Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki dimanapun aku berada. maka aku tinggalkan bekerja dan akan menyibukkan diriku dengan beribadah."

Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu, sehingga lebih mulia daripadanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tangan yang diatas lebih baik daripada yang tangan yang dibawah?" Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin itu selalu mencari yang lebih tinggi diantara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."

Kemudian Syaqiq memegang tangan ibrahim dan menciumnya seraya berkata, "Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"



Melalui pemahaman saya, kesimpulan yang dapat dibuat disini, sekiranya kita sihat tubuh badan, hendaklah kita mencari rezeki.. Bukan hanya bergantung kepada orang lain untuk memberi.. Dianjurkan juga kita mencari rezeki lebih ibarat kata-kata ini "Bekerjalah kamu ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu ibarat kamu akan mati pada esok hari".. So, mencari rezeki itu penting seperti pentingnya kita beribadah kepada Nya..

Selamat beramal....

Premium Beautiful Short Bra

Short Bra - So comfortable..

Maafla.. entry kali ini agak seksi sikit.. Just nak share dengan kawan2, HAIO telah melancarkan satu produk baru ShORT BrA Premium Beautiful

Pernahkah kita mengalami masalah berikut apabila memakai bra?

a) tali bra selalu jatuh dari bahu? Amat tak selesakan
b) tali bra selalu terrlipat?
c) underwire selalu bengkok lepas beberapa kali pakai?
d) panas kerana material kurang selesa?
e) muka jatuh dan badan membongkok
f) bila mengambil barang yang tinggi, bra ternaik, dan payudara terjatuh

 
So, why not kita bertukar kepada ShORT BrA Premium Beautiful ini kerana ia mmg sgt selesa.


PACKAGING SHORT BRA PB

 Cantikkan???

Nak tahu apa CIRI-CIRI SHORT BRA PREMIUM BEAUTIFUL CORSET ni??
 
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan pada bahagian depan dan tengah coli membantu mengangkat dan menyokong payudara
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda ini mengembalikan bentuk yang menarik di bahagian belakang
  • Seni rekaan bentuk 'U' dan ukiran di lapisan belakang (Untuk menolak dada danmuka ke hadapan)
  • Fungi istimewa dalam penyerapan peluh, pengudaraan, hidrofolik dan pengurangan perangkap panas
  • Keunikan kuasa regangan 360 darjah membenarkan tubuh untuk bergerak bebas tanpa sebarang kesulitan
  • Rekaan unik pada payudara memberi kesan yang maksima.
  • Rekabentuk yang elegant menonjolkan keunggulan produk
  • FIR sama seperti LongBra Premium Beautiful sediaada 
 
Bagaimana nak ambil ukuran yang betul??

1) ukuran mestilah dalam cm (centimeter)


Minus 2-1. the difference should be your cup size as follow
10.0cm - cup B
12.5cm - cup C
15.0cm - cup D
17.5cm - cup E
20.0cm - cup F
22.5cm - cup G
 
Then take your no "1" measurement which should tell your bra size as follow
63-67cm = size 65
68-72cm = size 70
73-77cm = size 75
78-82cm = size 80
83-87cm = size 85
88-92cm = size 90
93-97cm = size 95
>98cm = size 100
 
So combine both sizes will tell you the correct size you should purchase for your short bra (eg. 80B)

The price of this item mmg reasonable.. berbanding dgn bra kat luar (mungkin harganya beratus ringgit juga) mmg tidak setanding dgn kehebatan SHOrt BRA PREMIUM BEAUTIFUL ini..

Harga ~ RM 480 (Normal) RM528 (Extra Size)



 
 
  

Isnin, 26 September 2011

Rumah terbuka CDM Kartini & CDM Kamaruddin

Alhamdulillah.. Bagaimana anda semua harini.. Saya berasa cukup teruja dgn sambutan dirumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin semalam.. Mmg dasyat!!! Tak menang tangan kak tini... Mana nak layan tetamu, dgn juadah yang sentiasa di topup.. Wow!! Ketua kampung pun tak buat majlis macam tu k.. Ni leader Akademi Taipan punye majlis tau...

Saya tiba dimajlis tersebut agak lewat sbb menanti husband dr kajang membawa anak-anak.. Sebelum itu dari kelas WAB.. Kelas WAB pun boleh tahan.. Semua peserta positif terutama kenalan baruku.. Wina.. Syabas!! Anda berada dilandasan yang betul.. Tahniah akak ucapkan.. Nnti kita buat sama2 k.. Bantu adik2, mak dan ayah..

Ok, berbalik pada cerita open house tadi.. Setibanya kami dirumah kak tini, orang mmg ramai.. Macam2 gerai ada tapi yang sedihnya, dah ada gerai yang ditutup.. Sebab makanan dah abis.. Bayangkan betapa ramainya org..

Merasalah juga kami daging kambing panggang. 3 ekor daging panggang tau... Mmg terbaik!! Sos kambing panggang ni sedap hingga menjilat jari.. Hehe.. Daging kambing nya dimasak ala2 well done.. terangkat la makan.. Tapi tak boleh makan banyak2, nnti pening ...

Sungguh teruja melihat warga taipan warrior yang sanggup turun ke rumah terbuka kak tini.. Terasa makin buat biz ni makin ramai kawan2 yang belum kita kenali.. Yang bestnya.. Kat sini semua positif.. Semua nak berjaya.. Semua nak hebat..

Habis makan, kami bertolak pulang.. Ingat nak singgah kat rumah Kak Dah tapi orang lain dah menunggu depan pintu rumah kami di kajang.. InsyaAllah, lain kali kami datang ye kak dah.. Maaf banyak2 ye.. Mmg teruja nak g tgk umah kak dah pulak.. Asyik tgk kat blogspot je :)

Mari layan gambar2 yang sempat disnap :)


Ayu, Wina Dan Kepet..  
Gerai laksa@mee kari yang semakin lengang

Kepet.. makan tak noleh kiri kanan...

Ramai nya.. ni pun dah lengang sikit.. Kalau tak nak jalan pun susah..

Isnin, 19 September 2011

Weekend Journey




Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua pembaca blog semua kerana sudi melayari blog ini.. Lama sudah rasanya tidak menulis..Terus terang yang sebenarnya saya baru belajar dan andai salah dan silap harap dimaafi.. Ibarat anak kecil yang sedang bertatih..

Sekadar berkongsi pengalaman menarik sepanjang hujung minggu yang lalu, pada hari jumaat kami sekeluarga ke Kulim Kedah untuk menziarahi saudara sebelah ayah mertua. Mmg teruja tgk bandar KULIM.. tak sama macam TELUK INTAN.. walaupun orang sana kata bandar kulim takde ape2, tapi yang sebenarnya, TELUK INTAN lagi mundur..hehe.. Jgn terasa ye orang PERAK.. saya pun berasal drpd TELUK INTAN ni.. tapi pada pengamatan saya mmg jauh berbeza..

Hari sabtu pula kami ke Jeti Batu Musang, Penang.. Cantik tempat ni tapi belum dipromosikan secara meluas lagi..Dekat sini, kita akan nampak pemandangan Jambatan Pulau Pinang yang kedua sedang giat dibangunkan.. jangka siap tahun 2013.. Tak sesakla warga penang lepas ni.. Warga Taipan Warriors mesti lagi ligat turun naik pulau..hehehe..


Bukan main bergaya tiga beranak ni dekat Jeti Batu Musang.. Almaklumlah panas :)

Pemandangan dari atas jeti. Nampak tak macam ada kapal2 kecik tu.. Itu sebenarnya adalah tiang2 jambatan kedua Pulau Pinang.

Lepas g jeti nak masuk pulau pulak tapi nak g bukit bendera jem pulak.. apalagi perpatah balik la, dan ayah mertua pula bg cadangan.. "apakata kita ke Kelantan?".. Mula2 mcm tak percaya, tetapi kalau nak ikutkan mmg dekat perjalanan daripada Kedah ke Kelantan.. hanya mengambil masa 3-4 jam.. Dalam perjalanan ke Kelantan kami singgah di R&R banjaran titiwangsa.. mmg hebat sungguh pemandangan diatas sana.. Subhanallah, ciptaan Mu mengatasi segala-galanya..


Fasihah dan Fahim bergambar di atas banjaran.. laung apa tu fahim?? go go Taipan ke :)
Sampai ke Jeli dalam kul 5. Solat jamak dulu di Masjid Beijing. Daripada yang dibaca disitu masjid ini baru setahun dan diilhamkan drpd Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Mmg cantik dan lain daripada yang lain.. Jemaah pun ramai.. Mmg teruja dengan seni reka bentuknya :)
Credit tu Tuan Guru for this beautiful mosque

Dah sampai kelantan apa lagi "SHOPPING TIME" la.. gedung membeli belah yang termurah sekali di malaysia.. hehe.. Teringin pula tidur di tepi pantai, so PCB la tempatnya.. sampai PCB dalam pukul 7.30pm. Sesudah isyak kami ke Wakaf Che Yeh.. Disebabkan hujan tak dapatla nak bershopping sakan.. Mana yang sempat je grab.. Nak berdemo mmg tak sempat. Takpe, lain kali kena g lagi..
Dalam perjalanan pulang pada hari ahad, kami sempat ke rumah Tuan Guru.. Sejuk, damai dan tenteram sebaik sampai dikawasan rumahnya.. Alhamdulillah, sampai juga saya kesini.. InsyaAllah, lain kali datang mesti dapat berjumpa dengan beliau :)
Pemandangan hadapan mahligai Tuan Guru
Sempat berposing..hehe

Dalam perjalan pulang sempat lagi ke Losong Terengganu untuk membeli kepok lekor.. mmg the best la kepok2 kat sana.. Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke KL pada pukul 12 tgh malam.. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami dr Kelantan ke Kuala Lumpur.. Walaupun tak dapat berjumpa dengan sahabat handai, terasa puas dapat bawa (mak dan ayah) jalan2 di sini.. InsyaAllah, bulan November kita (tak lupa mak abah kat perak) pegi Kuching pulak ye..Rezeki yang ada ni, sama2 dikongsi..








Rabu, 14 September 2011

Jangan Berkata "Kalaulah"

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (didunia dan diakhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu" ; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehandakNYa". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terj) Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)

HambaMu

Lagu yang menjadi semangatku dan suami untuk terus berusaha!!!
Sesungguhnya kejayaan takkan datang bergolek
Semua perlukan usaha
Semuanya memerlukan pengorbanan
Pasti tawakal kepada Yang Esa diakhirnya...


Ke Arah Satu Perjalanan
Dalam Sebuah Kehidupan
Demi Untuk Mengecapi
Hasrat Murni Di Dalam Hati

Usaha Dengan Doa
Masanya Akan Tiba
Dengan Restu Ilahi
Kelak pasti Akan Ditemui

Suluhkan Cahaya di Hati Terang (Allah)
Tunjukkan Jalan Seandainya Hilang (Allah)
Tegakkan Perjalanan Yang Bakal Ditempuh
Tegakkan Semangat Bila Runtuh

Setibanya disisi Mu ku berserah
Terimalah ku Hambamu Allah

Sekiranya Takdir Menguji
Cekalkanlah Hasrat Dihati
Semoga Kesusahan Bisa
Mengajar Erti Terus Asa

Usaha Dengan Doa
Masanya Akan Tiba
Dengan Restu Ilahi
Kelak pasti Akan Ditemui

Suluhkan Cahaya di Hati Terang (Allah)
Tunjukkan Jalan Seandainya Hilang (Allah)
Tegakkan Perjalanan Yang Bakal Ditempuh
Tegakkan Semangat Bila Runtuh

Setibanya disisi Mu ku berserah
Terimalah ku Hambamu Allah

Selasa, 13 September 2011

Magnet rezeki dengan Solat Dhuha


Alhamdulillah semenjak bertemu dgn Akademi Taipan dan memiliki buku ini, solat dhuha sentiasa menjadi amalan.. Masa di bangku sekolah tidak ditekankan mengenai solat sunat ini, tetapi akademi sentiasa mengingatkan aku untuk sentiasa bersyukur dgn setiap apa yang kita nikmati. Bukan untuk meninggi diri tetapi apa salahnya sekadar untuk berkongsi di blog ini.

Mengikut kata penulis didalam buku ini, solat dhuha ini bukanlah hanya semata-mata untuk kemudahan dan kelancaran mencari rezeki tetapi lebih kepada untuk kita bersyukur diatas kurniaan rezeki kepadaNya dengan lain kata mencari 'Kaf Ba ra Kaf Alif Ta Nun' (Keberkatan).."Dengan mengerjakan solat dhuha adalah salah satu kunci pembuka rezeki. Apabila rezeki susah, semoga Allah memudahknnya. Apabila rezeki jauh, semoga Allah mendekatnya. Hanya kepada Allah yang kita sembah dan hanya kepadanya kita memohon pertolongan."


Solat Sunat Dhuha







SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Isnin, 12 September 2011

Realiti Hidup


Assalam kawan2 semua
saya masih diofis, menunggu suami untuk ke kelas di Akademi Taipan
Apa yang bestnye akademi ni..
Disini kita di bimbing selagi kita mahu
Kalau taknak takpe, tak boleh paksa
Tapi sesuatu benda tu kalau tak kena paksa mmg tak jadi

Contohnya bila kita kecil dahulu
Mak kita selalu kejutkan kita pagi2
Along.. Bangun, cepat mandi g sekolah
Mesti kena paksa bangun..
Ada yang liat sgt, sampai kena simbah dengan air baldi
Bila dah berjaya
Ingat kenangan zaman first time kena paksa sekolah dahulu


Bila dah ada di universiti
Kena pandai pilih kawan
Ada kawan yang paksa kita rajin belajar
Ada juga kawan yang paksa kita jangan belajar
Semua kita yang pilih

Beribadah pun sama
Zaman kecil dulu selalu kena paksa baca al-quran, solat berjemaah
walaupun kena pergi rumah guru agama bertemankan lampu suluh
berjalan kaki, menempuh jalan yang sunyi....
kalau tak di paksa jadilah zaman budak sekarang ni
suruh mengaji tak tau.. suruh solat tak reti
kalau tak dipaksa.. nak tggu kesedaran sendiri
mmg tak boleh.. banyak pengaruh lain kat luar sana

Oleh yang demikian
kita tiada cara lain
semua kena paksakan diri dulu
baru boleh lihat hasil
baru boleh lihat kejayaan
Kejayaan takkan datang bergolek
bila dah selalu terpaksa
baru ada kesedaran dalam diri
Untuk apa buat semua ini
Unuk apa berhempas pulas siang dan malam
Kenang masa zaman kecil dahulu
Pasti akan membuatkan kita berfikir kembali......







Ahad, 11 September 2011

WOW.. Rugi sape tak datang!!!



Assalamualaikum kawan2 semua..

Sabtu 9 September 2011 yang lalu, bertempat di USJ 9, seperti biasa telah diadakan kelas "WANITA ANGGUN BERGAYA"..

Mmg best sangat, rugi siapa tak datang.. dengan hanya yuran sebanyak RM 10
kita akan dapat Tutorial Asas Make Up
Rahsia Awet Muda
dan Tutorial Penyusunan Lemak..
Macam rasa tak padan dengan RM 10 dgn ilmu yang dapat..
Jom kita layan pic kat bawah (^_^)


Inilah tiketnya.. tak percaya kan?? RM 10 je..


Wah, Pakar solek kita Kak Inda.. Mmg profesional..

Salah seorang peserta sedang di make up..

Kak Yan menerangkan ttg rahsia awet muda dengan penggunaan bio-ever..
Nampak tak muka acik tu.. sebelah kiri mukanya naik dalam masa 15 minit selepas memakainya..
Tak percaya.. hubungi saya di 0192767181 untuk demo secara percuma :)

Kak Yan sharing pulak pasal Herba Maharani.. Mmg bagus untuk wanita2 yang inginkan awet muda dan sihat dari segi dalaman dan luaran.

Tutorial Penyusunan Lemak oleh Kak Dah


Kak Salina seorang salesman perodua. umur 33 tahun sudah ada anak 3
Sebelum memakai PB

Selepas Memakai PB.. Wah.. Makin muda la kak..

So, ape tunggu lagi kawan2.. Jomla kita pergi WAB ni.. mmg best..
Setiap Sabtu dan Ahad jam 10 pagi hingga 1 tghari..
Jika nak dtg, call saya dulu 0192767181..

Jumaat, 9 September 2011

Tersalah Anggap - Part 2

Berjumpa lagi untuk part 2 bahagian tersalah anggap..
Sebenarnya, kawan saya tu dah beli tapi tak pakai full set, hanya pakai bengkung sahaja... Sampaikan kalau tak pakai malam tak sah.. Mesti kena pakai.. Itu tandanya bengkung tu mmg berfungsi...
So apa yang ada kat bengkung Premium Beautiful ni.. Meh saya jelaskan:

Bengkung atau waist nipper ni mempunyai 7 batang dawai yang berteknologi tinggi.. Ditugaskan untuk support tulang belakang dan mengembalikan postur kita secara perlahan...

Yang uniknya design bengkung ni membolehkan lemak2 yang ada di transfer ke buah dada dan punggung.. Ini adalah disebabkan terdapatnya gelombang FIR yang ada pada setiap sulaman pada korset tersebut.. Nntikan penjelasan saya utk penerangan FIR ini...

Jadi adalah lebih baik jika kawan saya ni memakai set PB ni secara keseluruhannya untuk merasai perbezaan yang sgt ketara daripada memakai bengkung sahaja..

Dan pemakaian PB ini bukanlah hipokrit.. Kita memakainya untuk tujuan kesihatan.. Dan yang paling penting at the first stage mmg badan kita mcm biasa (still ada lemak berlebihan) tapi percayalah bila kita konsisten memakainya, insyaAllah kita akan dapat shape yang diidamkan oleh setiap wanita.. Selain daripada shape yang mantop, kita akan dapat segala kebaikan yang lain.. Lihat entry saya Tak Kenal Maka Tak Cinta..

So, bertemu kita di entry yang akan datang..insyaAllah..wassalam...

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Khamis, 8 September 2011

Tersalah Anggap Part 1

Salam dan selamat sejahtera
Rasanya sudah lama tidak menulis dalam blog ni
Almaklumlah bila dah cuti raya semua sibuk
Sampaikan nak tulis blog pun tergnggu
Hehe.. Alasan semua tu kan..
Alhamdulillah.. Sambutan hari raya tahun ini agak meriah.. Walaupun ketiadaan adik ke dua buat kali pertama (terpaksa beraya dirumah mertua dahulu) sambutan tetap seperti biasa..
Tidaklah semeriah kanak2 dahulu tetapi dengan telatah anak2 membuatkan kita kembali bersemangat utk menymbut kedatangan bulan Syawal pada tahun ini...

Raya2 jugak namun biz kena ttap berjalan.. Mulut kena rajin.. Orang takkan tahu kita berniaga kalau kita senyap seribu bahasa...

Nak sharing sikit pasal ada orang tersalah anggap ttg pemakaian PB ni..boleh baca dialog dibawah ye...

Polan: berniaga PB ke?
Saya: aah..dah pakai ke?
Polan: ooo.. Yang sama ngan bioaura tu yek?
Saya: iyela.. Ada macam2 produk tau sebenarnya.. Yang killer sekarang PB, bioaura dan biozone food...
Polan: oo.. Dah ada PB tu... Beli pun murah je.. Hehe..
Saya: oo.. Baguslah...sebenarnya kualiti dia jauh lebih hebat drpd harganya...
Polan: ish.. Taklah.. Saya pakai bengkung dia je.. Nak pakai full set panaslah... Tapi tiap2 malam mmg pakai bengkung tu mmg tak boleh tido.. Taktau kenapa..hehe
Saya: mmglah.. Kalau pakai mula2 mmg rasa panas tapi bila dah biasa mmg tak terasa pakainya.. Malah kalau tak pakai lagi tak selesa...
Polan: ish.. Saya tgk orang yg pakai PB ni hipokrit je.. Kalau pakai PB nampak slim bila tak pakai terlondeh2 lemak...
Saya: iye ke.. Kata tak pakai yang full nye .. Mana tau ni.. Dah try pakai secara konsisten ke?
Polan: taklah.. Org ckp..
Saya: jgn dgr cakap je.. Cuba pakai full set dulu secara konsisten baru tau...
Polan: ok.. Sorry ye...BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Template by:

Free Blog Templates