Ahad, 30 Oktober 2011

Hasil nukilanku

Aku
Aku adalah aku
Yang masih seperti dulu
Tetapi berbeza matlamat dan arah tuju

Dulu
Aku hanya seorang insan biasa
Yang sudah selesa dengan apa yang ada
Tidak mampu berbuat apa-apa
Ingin mengubah hidup tetapi tiada cara
Berkerja pun biasa-biasa

Melihat kesenangan orang ada-ada
Mempunyai segala-galanya
Adakah ini milik orang yang berkuasa sahaja
Bagaimana aku??
Adakah aku ingin melihat sahaja??

Oh tidak!!
Semua ini tidak boleh terjadi
Aku kena ubah hidupku ini
Tidak boleh hanya sebagai pemakan gaji
Kos hidup makin tinggi
Tgkla harga roti
Semakin lama semakin menjadi2

Semakin lama ku fikirkan "ini tidak boleh jadi"
Apa nasib anak2 ku bila mereka dewasa nanti
Apakah nasibnya jika aku masih begini

Tak salah jika kita mencari lebih
Untuk keluarga, mak abah, masyarakat dan agama
Nak pergi haji semasa muda
Mmg semua impian kita
Apatah lagi ingin menjadi kaya

Kini
Aku berazam
Dengan segala kudrat
Walau badai melanda
Ku tetap harungi jua
Bersama AT 181
Ku nekadkan usaha
InsyaAllah, jika kita usaha
Pasti kita akan berjaya
Menjadi insan luar biasa
Sebagai pembela nasib keluarga
Untuk agama, bangsa dan negara

Template by:

Free Blog Templates