Rabu, 29 Februari 2012

Problem

Masalah
Semua orang ada masalah
Tak dapat lari dari masalah
Ada orang lari pun, masalah juga
Nak taknak kena hadapi
Suka atau tak inilah resamnya

Selalu orang banyak masalah duit
Walaupun duit bukan segalanya
Tapi sekarang semuanya memerlukan duit
Waima nak pergi tandas pun kena duit
Walaupun dah kerja still tak cukup duit
Kenapa?? Sebab semuanya kena duit
Ada orang cukup ada orang tak cukup
Yang cukup mungkinla kena ikat perut
Mungkin kerana expenses tak banyak
Belum ada tanggungan
Atau mungkin gajinya memang banyak sgt

Berbalik cerita masalah
Masalah rumahtangga
Masalah belajar
Masalah kat tempat kerja
Masalah anak-anak
Masalah nak kawen
Masalah kereta rosak
Masalah kawan
Masalah hutang
Masalah nak g keje

Pendek kata.. Hidup ini memang tak boleh lari dari masalah..
Kita kena tananginya dengan cara berhemah
Jangan ikut nafsu
Jangan ikut syaitan
Kalau boleh jangan libatkan orang yang tersayang dalam masalah kita
Boleh nak luahkan tapi janganlah sampai menganggu emosi mereka
Tapi sebaiknya bergantunglah kepada yang Satu
Mengadu padaNya, meminta kepadaNya
Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga

Hidup ini takkan indah jika tiada masalah
Dengan masalahlah kita boleh ukur diri kita
Samada kita ni baik atau sebaliknya
Samada kita ni bersyukur atau kufur

YaAllah.. Ampunilah aku jika melakukan kesalahan.. Kepadamu juga ku memohon pertolongan.. Hanya Engkau sahaja sebaik-baik pemberi pertolongan... Amin Ya Rabbal Alamin...

Bye bye farah

Last day in PNA Risk Management
Completely finish her job very well
Thanks for being good teammate
InsyaAllah we will meet soon
InsyaAllah

Selasa, 28 Februari 2012

Aku akan gapai.. PASTI!!

Maaf semua, sudah lama tidak berbicara
Terlalu sibuk dengan kerja
Maklumla bos baru dapat job baik punya
Harap2 dapatla naik gaji ngan bonus hujung tahun ni ya

Berbalik kepada cerita berniaga
Alhamdulillah malam tadi kelas di akademi mmg menyala2
Bersemangat apinya
Sehingga tak lena tidur dibuatnya
Semangat yang pudar kini membara

Kisah duka lara dibuang
Tinggalkannya di belakang dan jangan dikenang
Buka buku baru dan beri diri peluang
Untuk mencari semangat yang hilang
Supaya hidup lebih cemerlang

Jangan berundur dan mengalah
Jangan ikut nafsu yang salah
Jangan gentar pada masalah
Kena hadapinya dengan tabah

Kepada mentor2 yang banyak berjasa
Mengajar kami tanpa jemu dan tanpa erti putus asa
Seribu kemaafaan jika kami membuat dosa
Tidak terhitung ilmu mu dikira

CDM Kesayangan - Kak Dah

Mentor ku - CDM Kepet

Kepada suamiku yang juga rakan seperjuangan ku
Janganlah berundur walau badai beribu
Ujian itu datang tanpa mengira waktu
Untuk Allah beri kita sesuatu
Dan pasti ia akan berlaku
Kan ku gapai..PASTI!!


Hebatnya suasana di Akademi - semua POSITIF










Rabu, 15 Februari 2012

Sekadar coretan

Alhamdulillah hujan harini
Sudah lama panas berpanjangan
Turunnya tanpa kita menduga
Bilakah akan turunnya..
Kadang2 tak semestinya petir sambung menyabung
Tanda hujan nak turun

Begitulah lumrah alam
Rezeki kadang2 datang tanpa diduga
Kadang2 datang bersahaja
Kita pun tak sedarinya
Sedar2 ia dah berlalu begitu sahaja

Kita dah bentangkan peluang
Supaya hidup jadi lapang
Untuk ubah kehidupan sekarang
Tapi taknak ambik peluang
Sebab rasa hidup dah senang

Kita kena ubah persepsi hidup kita
Jangan hidup di zon selesa
Jangan nak senang tanpa berusaha
Mana ada duit turun dari langit mcm tu aje

Bila dah sempit cari kita
Dulu kita bagi peluang semua pandang sebelah mata
Macam2 alasan yang diberinya
Inilah selalu yang terjadi kepada bangsa kita

Carilah kesenangan itu didalam kesempitan
Carilah peluang itu tika dikala kita belum kesempitan
InsyaAllah.. Ada jalan...

Ahad, 12 Februari 2012

Hari ini

Alhamdulillah selesai episod hari ini
Esok bakal menempuh satu hari lagi
Yang pasti akan memberikan sebuah erti
Pasti di alam realiti bukan mimpi lagi

Pagi lagi aku sekeluarga sudah bergerak ke AKADEMI
Kembalikan semangat untuk berniaga lagi dan lagi
Dan mengetahu info terkini
Apa yang terbaru yang akan dibawa oleh AKADEMI

Kak Engku orangnya mmg kreatif dan berinnovasi
Bakal menjadi sifu di AKADEMI
Mmg nak banyak belajar dari dia ni
Laman web dan blog semua pakar serba serbi
Kalau tak berguru dengan dia mmgla rugi

Balik dari AKADEMI berjumpa seorang rakan baru di FB
Nak share sesuatu ttg NEW YOU PROGRAMME yang kini menjadi jadi
Orangnya manis, Intan nama diberi
Malangnya tak sempat nak tangkap gambo akibat busy sangat berdiskusi

Senang cerita Intan nak jumpa di HOTEL ISTANA
Ada seminar kejayaan dengar katanya
Tapi bila ku tanya apakah syarikatnya
Diam Intan seribu bahasa

Akak nak nasihat kat Intan
Jangan kita buat biz yang bukan2
Akak dah terangkan 7 FAKTOR tadi untuk buat perniagaan
Ingatlah kata2 akak buat peringatan

Harap semua anak2 muda di luar sana
Jangan nak kaya serta merta
Semua tu hanyalah omongan kosong semata-mata
Jangan terpedaya dengan kata2 mereka

Semoga hari ini menjadi sejarah bagiku
Kerana telah memberikan sesuatu nasihat kepada adikku
Jangan dikau tersilap langkah
Nanti dik dirimu juga yang musnah

Sekian sahaja untuk harini
Ku harap coretan ku ini bukanlah untuk diriku sendiri
Niat dihati ingin berkongsi
Pengalaman ini mengajar untuk mematangkan diri

Jumaat, 10 Februari 2012

Investment

Baru balik dari seminar pelaburan
Cari ilmu untuk luaskan lagi pendapatan
Memang dah lama buat pelaburan
Hasil titik peluh dari menyimpan dan biz dengan akademi taipan

Tak rugi nak buat pelaburan
Yang penting kena ada simpanan
Dan melabur dekat institusi kewangan
Jangan terpedaya dengan mereka yang bertopengkan syaitan
Dah la tak betul siap mengumpan

Nak berniaga pun sama
Pilihla akademi taipan contohnya
Siap ada bagaimana nak uruskan kewangan
Apa nak buat untung dari perniagaan
Ilmu ni luas jangan malu atau segan

Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya
Kelak merana diri akhirnya
Semua tu tak kekal lama
Syarikatnye dah bankrup duit entah kemana

Pilih syarikat yang dah gah berdiri
Listed kat bursa malaysia apatah lagi
Boleh la tau kukuh atau diragui

Akhir kata dan pesanan
Nak buat apa kena ada pengetahuan
Jangan nak main dan
Duit bukan senang nak dapatkan
Hancur lebur kepada siapa nak minta pertolongan

Kepada yang ingin tau cara
Jangan segan2 bertanya
Sesat jalan tiada guna

Kepada Allah juga kita bermohon dan meminta
Agar dimurahkan rezeki sepanjang masa
Jangan duduk selesa apa yang ada
Banyak lagi orang yang tak berupaya memerlukan kita...



Khamis, 9 Februari 2012

My Testimony

Ramai yang berkata kepadaku
Dah kurus tapi nak pakai PB
Mengapa?? Kenapa??? Tak cukup kurus lagike???
Ni nak habaq mai...

Setelah 2 tahun memakai baju abang sayang ni...
Baru ku tahu betapa hebatnya corset ajaib ini
Tak pakai sehari mmg rasa tak serasi
Ibarat tak kena serba serbi :)

Permulaan memakai PB ini
Hanya kerana sakit belakang yang tak henti2..
Kerana fahim dan seha menyusu badan lagi
Seorang kanan dan seorang kiri

Tambahan pula masa pengajian diuniversiti
Tiap kali period mmg sakit sekali
Sampai pengsan tak sedar diri
Hanya pain killer menjadi teman sejati
Sape yang ada masalah begini
cepatlah ubati
Ada orang kata dah kawen nanti pulih sendiri
Mana ada.. Semua tu just nak sedapkan hati

Tambahan pula mengandung fahim dapat cyst
Kata doktor mungkin terjadi lagi jika tidak diubati

I must do something for myself
Searching which products can help to solve my problems
So, I faun it from my biz partner in academy..MAHARANI AND PREMIUM BEAUTIFUL..
Walla!!Alhamdulillah..Syukran ya Allah..
Now, my back pain already recover
Plus my cyst symptom has no more
Lets check in my latest medical check up
So unbelieveable...



 Thanks to Allah...

Disamping dapat memulihkan..
Dapat pula kecantikan....
Yang paling best :) Air susu makin banyak...
Alhamdulillah....

Now, lets find my latest pic :)
After 2 years wearing PB (baju cik abg sayang)
And still using it forever and ever :)



 

NEW YOU PROGRAMME.. APA tu???


Hari ni kena pergi kelas kat akademi
dah lama tak jejakkan kaki
sibuk disana disini
dengan tugasan harian dan hal peribadi

Apa yang ada malam ni
itulah yang aku nanti-nanti
dah lama rasanye nak tau apa program ni
kalau tak datang kelas mcmna nak tahu lebih lagi
Kalau tanya orang pun, diorang pun tak reti nak kongsi
baik aku pergi sendiri
tak rugi pun untuk biz sendiri
Orang yang taknak join lagila rugi
Akademi dah tersedia disini
Nak berubah atau berada di takuk lama lagi



Finally, I got my license

Semalam adalah hari yang paling bermakna bagiku
Aku telah lulus ujian memandu
Wah!! takutnya macam nak pergi periksa SPM u....
ini bukan yang pertama tapi kedua bagiku

Kali pertama ujian, parking tak lepas
Sebab side mirror terkeluar sedikit daripada petak
Tak semena-mena aku disuruhnya keluar dari kereta
Memang hampa dan kecewa
Itula, confident sgt..hehe
Tapi alhamdulillah ujian jalan raya
tak perlu lagi nak mengulang buat kali kedua

Terima kasih kepada keluarga terutama kepada suami dan anak2
Kerana dorongan mereka ku gagahkan jua utk habiskan jadual kelas memandu yang sudah lama tertangguh
Yuran dah habis berbayar, lesen tak dapat2 lagi
kekangan masa dan tempat belajar yang jauh

Alhamdulillah.. dengan kekuatan ini ku gagahkan diri
Untuk kemudahan keluarga nanti
Jika dah berlesen senang nak pergi kesana sini
Tetapi tak semudah itu
Suami perlu ada disini menemani :)

Finally, I got my license

Rabu, 8 Februari 2012

Chun-chun yang besar


Buat Tatapan Minda :), Relaks be Happy...

p/s: Hebat betul mak dia ni.. Semua tu kerja Allah kan.. Dia Yang Maha Mengetahui dan Berkehendakkan sesuatu.. Baru lahir dah 7 kg.. dah setahun esok berapa la umurnya :) Mesti super Chubby....
Bayi Baru Lahir Seberat 7 Kilogram Catat Sejarah!

Seorang wanita melahirkan anak luar biasa dengan berat lebih dua kali ganda berbanding bayi normal.

Chun Chun didakwa seberat 7.04 kilogram apabila dia lahir di wilayah Henan pada Sabtu lalu.

Media semalam melaporkan, dengan keadaan itu Chun Chun mencatat rekod sebagai bayi paling berat di China.

Ibu Chun Chun yang berusia 29 tahun bersalin tidak lama selepas masyarakat Cina menyambut tahun baru pada 23 Januari lalu.

Bapa Chun Chun, Han Jingang, berkata sesuai dengan kedatangan Tahun Naga, dia gembira dengan kedatangan anaknya.

“Bagi masyarakat Cina, Tahun Naga dianggap masa terbaik untuk memiliki anak,” katanya.

Han berkata, tiada sebarang perbezaan berlaku kepada isterinya sebelum ini.

Katanya, wanita itu makan dan minum seperti biasa, tetapi terkejut apabila Chun Chun lahir dengan keadaan fizikal lebih besar daripada biasa.

“Bagaimanapun, saya tetap gembira,” katanya.

Khamis, 2 Februari 2012

We Are Searching for RATU PB

1 Februari 2012.
Pencarian Ratu PB bermula.
Finalis akan bertanding di Malam Gala.
Pemenang Utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.
Kedua RM2,000.
Dan ketiga RM1,500.

Hanya perlu turunkan berat badan sekurang2nya 15% dari berat sekarang.
Dalam masa 4 bulan.

Tertakluk pada terma dan syarat.
Terbuka kepada semua.
Tak kira umur.
Tak kira bangsa.
Tak kira walau anda dimana.

Adakah anda orangnya yg kami cari??

Hubungi saya ditalian hotline ini
0192767181

Si Masin yang Berkhasiat

Inilah simasin
Tapi tak terlalu masin
Banyak Khasiatnya
Rugi sape yang berlum pernah mencuba

Nak minum ada
Nak masak ada
Nak telan je pun ada

Orang yang tak sakit boleh makan
Apatah lagi yang dah sudah berpenyakit
Alternatif untuk sakit
Sakit Jantung
Strok
Darah tinggi
Kencing Manis
Penyakit Kulit

Kalau nak cuba
Jangan segan2 bertanya
Malu bertanya sesat jalan

Kerja..Kerja..Kerja

Semua kena kerja
Sampai lebam biji mata
Untuk mendapat apa yang dicita
Takkan dapat jika duduk saja

Kerja..Kerja..Kerja
Tak kiralah.. makan gaji atau berniaga
Tapi kalau makan gaji dapatla pakai yang biasa-biasa
Nak up grade sikit kena usaha berlipat ganda
Buat apa sahaja contohnya berniaga

Nak berniaga apa?
Bila diajak berniaga ramai berikan alasan bersahaja
Tak tahu, Malu, Malas dan takde masa
Kalau macam tu tak kemana jawabnya
Kerja makan gaji pun kena berusaha
Kalau malas bos boleh berentikan kerja

Semua ada pendapat masing-masing
Diusia muda ni la kita perlu usaha
Supaya nasib generasi kita akan terbela
Boleh buat simpanan, beli aset dan harta

Nak tau cara..
Maila call saya 0192767181

Template by:

Free Blog Templates