Ahad, 12 Februari 2012

Hari ini

Alhamdulillah selesai episod hari ini
Esok bakal menempuh satu hari lagi
Yang pasti akan memberikan sebuah erti
Pasti di alam realiti bukan mimpi lagi

Pagi lagi aku sekeluarga sudah bergerak ke AKADEMI
Kembalikan semangat untuk berniaga lagi dan lagi
Dan mengetahu info terkini
Apa yang terbaru yang akan dibawa oleh AKADEMI

Kak Engku orangnya mmg kreatif dan berinnovasi
Bakal menjadi sifu di AKADEMI
Mmg nak banyak belajar dari dia ni
Laman web dan blog semua pakar serba serbi
Kalau tak berguru dengan dia mmgla rugi

Balik dari AKADEMI berjumpa seorang rakan baru di FB
Nak share sesuatu ttg NEW YOU PROGRAMME yang kini menjadi jadi
Orangnya manis, Intan nama diberi
Malangnya tak sempat nak tangkap gambo akibat busy sangat berdiskusi

Senang cerita Intan nak jumpa di HOTEL ISTANA
Ada seminar kejayaan dengar katanya
Tapi bila ku tanya apakah syarikatnya
Diam Intan seribu bahasa

Akak nak nasihat kat Intan
Jangan kita buat biz yang bukan2
Akak dah terangkan 7 FAKTOR tadi untuk buat perniagaan
Ingatlah kata2 akak buat peringatan

Harap semua anak2 muda di luar sana
Jangan nak kaya serta merta
Semua tu hanyalah omongan kosong semata-mata
Jangan terpedaya dengan kata2 mereka

Semoga hari ini menjadi sejarah bagiku
Kerana telah memberikan sesuatu nasihat kepada adikku
Jangan dikau tersilap langkah
Nanti dik dirimu juga yang musnah

Sekian sahaja untuk harini
Ku harap coretan ku ini bukanlah untuk diriku sendiri
Niat dihati ingin berkongsi
Pengalaman ini mengajar untuk mematangkan diri

Template by:

Free Blog Templates