Masalah
Semua orang ada masalah
Tak dapat lari dari masalah
Ada orang lari pun, masalah juga
Nak taknak kena hadapi
Suka atau tak inilah resamnya
Selalu orang banyak masalah duit
Walaupun duit bukan segalanya
Tapi sekarang semuanya memerlukan duit
Waima nak pergi tandas pun kena duit
Walaupun dah kerja still tak cukup duit
Kenapa?? Sebab semuanya kena duit
Ada orang cukup ada orang tak cukup
Yang cukup mungkinla kena ikat perut
Mungkin kerana expenses tak banyak
Belum ada tanggungan
Atau mungkin gajinya memang banyak sgt
Berbalik cerita masalah
Masalah rumahtangga
Masalah belajar
Masalah kat tempat kerja
Masalah anak-anak
Masalah nak kawen
Masalah kereta rosak
Masalah kawan
Masalah hutang
Masalah nak g keje
Pendek kata.. Hidup ini memang tak boleh lari dari masalah..
Kita kena tananginya dengan cara berhemah
Jangan ikut nafsu
Jangan ikut syaitan
Kalau boleh jangan libatkan orang yang tersayang dalam masalah kita
Boleh nak luahkan tapi janganlah sampai menganggu emosi mereka
Tapi sebaiknya bergantunglah kepada yang Satu
Mengadu padaNya, meminta kepadaNya
Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Hidup ini takkan indah jika tiada masalah
Dengan masalahlah kita boleh ukur diri kita
Samada kita ni baik atau sebaliknya
Samada kita ni bersyukur atau kufur
YaAllah.. Ampunilah aku jika melakukan kesalahan.. Kepadamu juga ku memohon pertolongan.. Hanya Engkau sahaja sebaik-baik pemberi pertolongan... Amin Ya Rabbal Alamin...
Bila Redha & Tenang
9 tahun yang lalu