Happy Chisene New Year
Tahun ini jatuh tahun Naga
Menjanjikan tahun yang penuh bermakna
Buat sahabat2 kita yang berbangsa Cina
Semua kena berlipat ganda
Keutamaan kepada wang dan harta
Bagi yang berbisnes nak untung berjuta2
Bagi yang makan gaji, usaha juga kena berganda
Mana tau bos naikkan pangkat dan gaji seta merta
Nak Ajak kawan lihat sejenak disini
Tak ramai kawan kita yang berbangsa Cina yang makan gaji
Mostly kerja sendiri
Tak kiralah buat apa..insuran, kontraktor,MLM atau bukak company
Mereka tak mengharapkan duit subsidi
Semua dari kocek sendiri
Anak2 mereka diasuh dari azali
Dari kecik kena berdikari
Dah pandai kira apa itu MONEY
Kita kena ikut cara mereka bekerja
Tak suka buang masa
Ikut cara mereka yang baik2 sahaja
Yang tak baik jadikan sempadan dan tauladan yg berguna
Rasulullah pun dah tunjuk cara sebenarnya
Kita kena baca dan dalami sirahnya
Mereka (orang Cina) yang amik hadisnya
Kenapa kita sendiri tak ikut hadis junjungan kita
Jangan bermalas-malasan
Kelak kita akan ketinggalan
Kesian umat islam sekarang
Jurang ekonomi dan sosial terlampau jurang
Kalau kita tak ubah dari sekarang
Apa nasib anak2 kita pada masa akan datang
Wallahualam...