Isnin, 16 Januari 2012

FAKTA:Akibat tersalah pilih saiz BRA, Wanita mengalami SAKIT PUNGGUNG

JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli.

Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik.
Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara.
“Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya.
“Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancangan bual bicara ‘The Right Support – Sorella’.
Rosalina mendedahkan, antara 70 hingga 80 peratus wanita di dunia menggunakan ukuran bra yang salah.


Malah, tujuh daripada 10 wanita di Indonesia tidak sedar pentingnya kesihatan dengan menjaga payudara.

Menurut alumni fakulti kedoktoran umum Universiti Trisakti itu, payudara boleh berubah ukuran pada masa tertentu (boleh lihat fakta mengenai payudara disini) dan bra tidak sesuai dengan bentuk payudara akan membuatkannya tidak selesa dan memberi kesan jangka panjang yang cukup buruk.

“Kes penyakit berkaitan bra gagal dikesan secara langsung. Biasanya doktor mengenal pasti ketika pesakit mengadu sakit punggung, dan apabila diperiksa ternyata ia akibat salah ukuran coli,” katanya.

Pengurus Pemasaran Sorella, Lucia Niken, berkata kempen ‘Right Support’ diadakan bagi membantu wanita Indonesia memilih bra yang tepat serta sesuai dengan payudara masing-masing ke arah membantu mereka menjalani cara hidup sihat.

“Dengan kempen ini, Sorella mengajak wanita Indonesia tahu bahawa ukuran payudara yang sebenar dapat membantu memberikan sokongan setiap saat,” katanya ketika promosi kempen berkenaan. – Agensi

SUMBER : CARI FORUM

So, why not kita bertukar kepada baju dalam yang lebih berkualiti untuk menjamin kehidupan yang sihat sebagai seorang wanita. Dengan pemakaian coli yang sesuai akan menjadikan kita lebih berkeyakinan dan memastikan kesihatan lebh terjamin.

Dengan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL secara tidak langsung dapat mengekang gejala sakit belakang, sakit bahu dan sakit punggung di kalangan wanita. Malah PB ini sudah diiktiraf oleh pakar tulang belakang antarabangsa.

Untuk konsultasi percuma boleh hubungi saya di talian 0192767181 (yusma). Saya sudi membantu..

Template by:

Free Blog Templates