Isnin, 3 September 2012

Anak Angkat Untuk Dibela: Jika ada simpati.. Bantulah..

Anak Angkat Untuk Dibela: Jika ada simpati.. Bantulah..: Assalamualaikum, sudah agak lama saya perhatikan kisah Adik Myra ini, tak sangka pula sudah hampir setahun dia bertarung dengan penyakit ...

Jumaat, 23 Mac 2012

Lakukan Amalan Secara Berterusan

Sekadar satu tazkirah

"Daripada Aisyah r.ha.., Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.  Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit..


Khamis, 22 Mac 2012

True Testimoni - Kak Lin


Berbezanya gambar sebelum dan gambar selepas

Inilah dia orang hebat Kak NorAzlina dari Rawang. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg dalam masa 3 bulan. hanya menggunakan produk hebat daripada New You Programme.

Dan dibawah ini adalah gambar yang terkini,


Pergh.. macam model.. Siapa percaya wanita diatas ini telah mempunyai 3 orang cahaya mata.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi seperti kak lin ni boleh hubungi saya.. Jangan risau.. anda akan mendapat mendapat konsultasi percuma daripada saya..

"Pandanglah Lihatlah..Tiru Macam Saya :) "


Rabu, 21 Mac 2012

Berapa lama tak tukar filter anda???

Assalam..
Lamanya tak mengupdate blog ni..

Just wanna share.. Sesiapa yang dulunya ada membeli water filter bio aura.. Tahukah anda setiap filter itu perlu ditukar??

Saya ingin kongsikan disini, setiap balang didalam Bioaura tersebut perlu ditukar mengikut jenis filternya.


Sila rujuk gambar diatas:

Filter A (lutsinar) = 1 tahun sekali = RM 79
Filter B (kuning) = 1 tahun sekali = RM 79
Filter C (hijau) = 1 tahun sekali = RM 150
Filter D (biru) = 3 tahun sekali = RM 150
Filter E (pink) = 3 tahun sekali = RM 150
Filter F (purple) = 5 tahun sekali = RM 190

So, bagi sesiapa yang belum menukar lagi terutamanya bagi mereka yang sudah menggunakan lebih dari 3 tahun, bertindaklah segera untuk menikmati kualiti air bioaura yang lebih berkualiti.  Dibimbangi sekiranya tidak ditukar akan mendatangkan kemudaratan.

Kereta pun perlu diservis setiap bulan, inikan pula penapis air yang digunakan setiap hari.

Jadi, jangan segan silu untuk menghubungi saya (0192767181) atau (0173244533).

Servis adalah percuma. Bertindaklah segera.


Isnin, 5 Mac 2012

Muhasabah



Sekiranya kita sudah rasa fed up, susah, putus asa, kecewa.. Fikirkanlah ada orang yang lebih susah daripada kita. Kenapa golongan mereka ini sentiasa kuat.. ini adalah mereka sentiasa POSITIF!!!

Ahad, 4 Mac 2012

Bersiap sedia

Sediakan payung sebelum hujan
Pepatah yang sering diperkatakan
Tapi tak ramai yang ambil sebagai peringatan
Hanya sebagai penyedap perkataan

Alangkah bagusnya kita mendalami
Sebagai panduan diri sendiri
Agar tidak tenggelam dengan dunia sendiri
Sebelum masalah memunculkan diri

Ramai yang tidak faham erti bersiap sedia
Ramai yang ambil leka
Ramai juga yang alpa
Dengan kesenangan yang sedia ada

Ambillah peluang sementara ada
Untuk ubah hidup yang sedia ada
Supaya kesempitan yang datang akan menjadi lega
Kerana kita sudah ambil langkah berjaga-jaga

Ambillah keputusan yang tepat
Supaya kita lebih selamat
Supaya senang didunia dan senang diakhirat
InsyaAllah hidup kita takkan melarat...

Rabu, 29 Februari 2012

Problem

Masalah
Semua orang ada masalah
Tak dapat lari dari masalah
Ada orang lari pun, masalah juga
Nak taknak kena hadapi
Suka atau tak inilah resamnya

Selalu orang banyak masalah duit
Walaupun duit bukan segalanya
Tapi sekarang semuanya memerlukan duit
Waima nak pergi tandas pun kena duit
Walaupun dah kerja still tak cukup duit
Kenapa?? Sebab semuanya kena duit
Ada orang cukup ada orang tak cukup
Yang cukup mungkinla kena ikat perut
Mungkin kerana expenses tak banyak
Belum ada tanggungan
Atau mungkin gajinya memang banyak sgt

Berbalik cerita masalah
Masalah rumahtangga
Masalah belajar
Masalah kat tempat kerja
Masalah anak-anak
Masalah nak kawen
Masalah kereta rosak
Masalah kawan
Masalah hutang
Masalah nak g keje

Pendek kata.. Hidup ini memang tak boleh lari dari masalah..
Kita kena tananginya dengan cara berhemah
Jangan ikut nafsu
Jangan ikut syaitan
Kalau boleh jangan libatkan orang yang tersayang dalam masalah kita
Boleh nak luahkan tapi janganlah sampai menganggu emosi mereka
Tapi sebaiknya bergantunglah kepada yang Satu
Mengadu padaNya, meminta kepadaNya
Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga

Hidup ini takkan indah jika tiada masalah
Dengan masalahlah kita boleh ukur diri kita
Samada kita ni baik atau sebaliknya
Samada kita ni bersyukur atau kufur

YaAllah.. Ampunilah aku jika melakukan kesalahan.. Kepadamu juga ku memohon pertolongan.. Hanya Engkau sahaja sebaik-baik pemberi pertolongan... Amin Ya Rabbal Alamin...

Bye bye farah

Last day in PNA Risk Management
Completely finish her job very well
Thanks for being good teammate
InsyaAllah we will meet soon
InsyaAllah

Selasa, 28 Februari 2012

Aku akan gapai.. PASTI!!

Maaf semua, sudah lama tidak berbicara
Terlalu sibuk dengan kerja
Maklumla bos baru dapat job baik punya
Harap2 dapatla naik gaji ngan bonus hujung tahun ni ya

Berbalik kepada cerita berniaga
Alhamdulillah malam tadi kelas di akademi mmg menyala2
Bersemangat apinya
Sehingga tak lena tidur dibuatnya
Semangat yang pudar kini membara

Kisah duka lara dibuang
Tinggalkannya di belakang dan jangan dikenang
Buka buku baru dan beri diri peluang
Untuk mencari semangat yang hilang
Supaya hidup lebih cemerlang

Jangan berundur dan mengalah
Jangan ikut nafsu yang salah
Jangan gentar pada masalah
Kena hadapinya dengan tabah

Kepada mentor2 yang banyak berjasa
Mengajar kami tanpa jemu dan tanpa erti putus asa
Seribu kemaafaan jika kami membuat dosa
Tidak terhitung ilmu mu dikira

CDM Kesayangan - Kak Dah

Mentor ku - CDM Kepet

Kepada suamiku yang juga rakan seperjuangan ku
Janganlah berundur walau badai beribu
Ujian itu datang tanpa mengira waktu
Untuk Allah beri kita sesuatu
Dan pasti ia akan berlaku
Kan ku gapai..PASTI!!


Hebatnya suasana di Akademi - semua POSITIF










Rabu, 15 Februari 2012

Sekadar coretan

Alhamdulillah hujan harini
Sudah lama panas berpanjangan
Turunnya tanpa kita menduga
Bilakah akan turunnya..
Kadang2 tak semestinya petir sambung menyabung
Tanda hujan nak turun

Begitulah lumrah alam
Rezeki kadang2 datang tanpa diduga
Kadang2 datang bersahaja
Kita pun tak sedarinya
Sedar2 ia dah berlalu begitu sahaja

Kita dah bentangkan peluang
Supaya hidup jadi lapang
Untuk ubah kehidupan sekarang
Tapi taknak ambik peluang
Sebab rasa hidup dah senang

Kita kena ubah persepsi hidup kita
Jangan hidup di zon selesa
Jangan nak senang tanpa berusaha
Mana ada duit turun dari langit mcm tu aje

Bila dah sempit cari kita
Dulu kita bagi peluang semua pandang sebelah mata
Macam2 alasan yang diberinya
Inilah selalu yang terjadi kepada bangsa kita

Carilah kesenangan itu didalam kesempitan
Carilah peluang itu tika dikala kita belum kesempitan
InsyaAllah.. Ada jalan...

Ahad, 12 Februari 2012

Hari ini

Alhamdulillah selesai episod hari ini
Esok bakal menempuh satu hari lagi
Yang pasti akan memberikan sebuah erti
Pasti di alam realiti bukan mimpi lagi

Pagi lagi aku sekeluarga sudah bergerak ke AKADEMI
Kembalikan semangat untuk berniaga lagi dan lagi
Dan mengetahu info terkini
Apa yang terbaru yang akan dibawa oleh AKADEMI

Kak Engku orangnya mmg kreatif dan berinnovasi
Bakal menjadi sifu di AKADEMI
Mmg nak banyak belajar dari dia ni
Laman web dan blog semua pakar serba serbi
Kalau tak berguru dengan dia mmgla rugi

Balik dari AKADEMI berjumpa seorang rakan baru di FB
Nak share sesuatu ttg NEW YOU PROGRAMME yang kini menjadi jadi
Orangnya manis, Intan nama diberi
Malangnya tak sempat nak tangkap gambo akibat busy sangat berdiskusi

Senang cerita Intan nak jumpa di HOTEL ISTANA
Ada seminar kejayaan dengar katanya
Tapi bila ku tanya apakah syarikatnya
Diam Intan seribu bahasa

Akak nak nasihat kat Intan
Jangan kita buat biz yang bukan2
Akak dah terangkan 7 FAKTOR tadi untuk buat perniagaan
Ingatlah kata2 akak buat peringatan

Harap semua anak2 muda di luar sana
Jangan nak kaya serta merta
Semua tu hanyalah omongan kosong semata-mata
Jangan terpedaya dengan kata2 mereka

Semoga hari ini menjadi sejarah bagiku
Kerana telah memberikan sesuatu nasihat kepada adikku
Jangan dikau tersilap langkah
Nanti dik dirimu juga yang musnah

Sekian sahaja untuk harini
Ku harap coretan ku ini bukanlah untuk diriku sendiri
Niat dihati ingin berkongsi
Pengalaman ini mengajar untuk mematangkan diri

Jumaat, 10 Februari 2012

Investment

Baru balik dari seminar pelaburan
Cari ilmu untuk luaskan lagi pendapatan
Memang dah lama buat pelaburan
Hasil titik peluh dari menyimpan dan biz dengan akademi taipan

Tak rugi nak buat pelaburan
Yang penting kena ada simpanan
Dan melabur dekat institusi kewangan
Jangan terpedaya dengan mereka yang bertopengkan syaitan
Dah la tak betul siap mengumpan

Nak berniaga pun sama
Pilihla akademi taipan contohnya
Siap ada bagaimana nak uruskan kewangan
Apa nak buat untung dari perniagaan
Ilmu ni luas jangan malu atau segan

Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya
Kelak merana diri akhirnya
Semua tu tak kekal lama
Syarikatnye dah bankrup duit entah kemana

Pilih syarikat yang dah gah berdiri
Listed kat bursa malaysia apatah lagi
Boleh la tau kukuh atau diragui

Akhir kata dan pesanan
Nak buat apa kena ada pengetahuan
Jangan nak main dan
Duit bukan senang nak dapatkan
Hancur lebur kepada siapa nak minta pertolongan

Kepada yang ingin tau cara
Jangan segan2 bertanya
Sesat jalan tiada guna

Kepada Allah juga kita bermohon dan meminta
Agar dimurahkan rezeki sepanjang masa
Jangan duduk selesa apa yang ada
Banyak lagi orang yang tak berupaya memerlukan kita...



Khamis, 9 Februari 2012

My Testimony

Ramai yang berkata kepadaku
Dah kurus tapi nak pakai PB
Mengapa?? Kenapa??? Tak cukup kurus lagike???
Ni nak habaq mai...

Setelah 2 tahun memakai baju abang sayang ni...
Baru ku tahu betapa hebatnya corset ajaib ini
Tak pakai sehari mmg rasa tak serasi
Ibarat tak kena serba serbi :)

Permulaan memakai PB ini
Hanya kerana sakit belakang yang tak henti2..
Kerana fahim dan seha menyusu badan lagi
Seorang kanan dan seorang kiri

Tambahan pula masa pengajian diuniversiti
Tiap kali period mmg sakit sekali
Sampai pengsan tak sedar diri
Hanya pain killer menjadi teman sejati
Sape yang ada masalah begini
cepatlah ubati
Ada orang kata dah kawen nanti pulih sendiri
Mana ada.. Semua tu just nak sedapkan hati

Tambahan pula mengandung fahim dapat cyst
Kata doktor mungkin terjadi lagi jika tidak diubati

I must do something for myself
Searching which products can help to solve my problems
So, I faun it from my biz partner in academy..MAHARANI AND PREMIUM BEAUTIFUL..
Walla!!Alhamdulillah..Syukran ya Allah..
Now, my back pain already recover
Plus my cyst symptom has no more
Lets check in my latest medical check up
So unbelieveable...



 Thanks to Allah...

Disamping dapat memulihkan..
Dapat pula kecantikan....
Yang paling best :) Air susu makin banyak...
Alhamdulillah....

Now, lets find my latest pic :)
After 2 years wearing PB (baju cik abg sayang)
And still using it forever and ever :)



 

NEW YOU PROGRAMME.. APA tu???


Hari ni kena pergi kelas kat akademi
dah lama tak jejakkan kaki
sibuk disana disini
dengan tugasan harian dan hal peribadi

Apa yang ada malam ni
itulah yang aku nanti-nanti
dah lama rasanye nak tau apa program ni
kalau tak datang kelas mcmna nak tahu lebih lagi
Kalau tanya orang pun, diorang pun tak reti nak kongsi
baik aku pergi sendiri
tak rugi pun untuk biz sendiri
Orang yang taknak join lagila rugi
Akademi dah tersedia disini
Nak berubah atau berada di takuk lama lagi



Finally, I got my license

Semalam adalah hari yang paling bermakna bagiku
Aku telah lulus ujian memandu
Wah!! takutnya macam nak pergi periksa SPM u....
ini bukan yang pertama tapi kedua bagiku

Kali pertama ujian, parking tak lepas
Sebab side mirror terkeluar sedikit daripada petak
Tak semena-mena aku disuruhnya keluar dari kereta
Memang hampa dan kecewa
Itula, confident sgt..hehe
Tapi alhamdulillah ujian jalan raya
tak perlu lagi nak mengulang buat kali kedua

Terima kasih kepada keluarga terutama kepada suami dan anak2
Kerana dorongan mereka ku gagahkan jua utk habiskan jadual kelas memandu yang sudah lama tertangguh
Yuran dah habis berbayar, lesen tak dapat2 lagi
kekangan masa dan tempat belajar yang jauh

Alhamdulillah.. dengan kekuatan ini ku gagahkan diri
Untuk kemudahan keluarga nanti
Jika dah berlesen senang nak pergi kesana sini
Tetapi tak semudah itu
Suami perlu ada disini menemani :)

Finally, I got my license

Rabu, 8 Februari 2012

Chun-chun yang besar


Buat Tatapan Minda :), Relaks be Happy...

p/s: Hebat betul mak dia ni.. Semua tu kerja Allah kan.. Dia Yang Maha Mengetahui dan Berkehendakkan sesuatu.. Baru lahir dah 7 kg.. dah setahun esok berapa la umurnya :) Mesti super Chubby....
Bayi Baru Lahir Seberat 7 Kilogram Catat Sejarah!

Seorang wanita melahirkan anak luar biasa dengan berat lebih dua kali ganda berbanding bayi normal.

Chun Chun didakwa seberat 7.04 kilogram apabila dia lahir di wilayah Henan pada Sabtu lalu.

Media semalam melaporkan, dengan keadaan itu Chun Chun mencatat rekod sebagai bayi paling berat di China.

Ibu Chun Chun yang berusia 29 tahun bersalin tidak lama selepas masyarakat Cina menyambut tahun baru pada 23 Januari lalu.

Bapa Chun Chun, Han Jingang, berkata sesuai dengan kedatangan Tahun Naga, dia gembira dengan kedatangan anaknya.

“Bagi masyarakat Cina, Tahun Naga dianggap masa terbaik untuk memiliki anak,” katanya.

Han berkata, tiada sebarang perbezaan berlaku kepada isterinya sebelum ini.

Katanya, wanita itu makan dan minum seperti biasa, tetapi terkejut apabila Chun Chun lahir dengan keadaan fizikal lebih besar daripada biasa.

“Bagaimanapun, saya tetap gembira,” katanya.

Khamis, 2 Februari 2012

We Are Searching for RATU PB

1 Februari 2012.
Pencarian Ratu PB bermula.
Finalis akan bertanding di Malam Gala.
Pemenang Utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.
Kedua RM2,000.
Dan ketiga RM1,500.

Hanya perlu turunkan berat badan sekurang2nya 15% dari berat sekarang.
Dalam masa 4 bulan.

Tertakluk pada terma dan syarat.
Terbuka kepada semua.
Tak kira umur.
Tak kira bangsa.
Tak kira walau anda dimana.

Adakah anda orangnya yg kami cari??

Hubungi saya ditalian hotline ini
0192767181

Si Masin yang Berkhasiat

Inilah simasin
Tapi tak terlalu masin
Banyak Khasiatnya
Rugi sape yang berlum pernah mencuba

Nak minum ada
Nak masak ada
Nak telan je pun ada

Orang yang tak sakit boleh makan
Apatah lagi yang dah sudah berpenyakit
Alternatif untuk sakit
Sakit Jantung
Strok
Darah tinggi
Kencing Manis
Penyakit Kulit

Kalau nak cuba
Jangan segan2 bertanya
Malu bertanya sesat jalan

Kerja..Kerja..Kerja

Semua kena kerja
Sampai lebam biji mata
Untuk mendapat apa yang dicita
Takkan dapat jika duduk saja

Kerja..Kerja..Kerja
Tak kiralah.. makan gaji atau berniaga
Tapi kalau makan gaji dapatla pakai yang biasa-biasa
Nak up grade sikit kena usaha berlipat ganda
Buat apa sahaja contohnya berniaga

Nak berniaga apa?
Bila diajak berniaga ramai berikan alasan bersahaja
Tak tahu, Malu, Malas dan takde masa
Kalau macam tu tak kemana jawabnya
Kerja makan gaji pun kena berusaha
Kalau malas bos boleh berentikan kerja

Semua ada pendapat masing-masing
Diusia muda ni la kita perlu usaha
Supaya nasib generasi kita akan terbela
Boleh buat simpanan, beli aset dan harta

Nak tau cara..
Maila call saya 0192767181

Isnin, 30 Januari 2012

Waiting is useless

Jumaat, 27 Januari 2012

"FaReWelL Lunch"

Today, En Adnan belanja
Untuk meraikan Shahrul dan Fara
Yang akan bertukar kerja
The Saujana Hotel tempat pembuka selera
Mahal bukan kepalang jangan ditanya

Mmg best pegi makan kat sini
Rasanya kalau nak makan kat sini
setahun sekali pun berkira nak pegi
Jika tak banyak duit usahla mimpi

Syu makan tak menoleh kanan dan kiri
Sedapnya makan kat sini mmg tak terkata lagi
Yang angkat jari peace
Itula fara sikecil cili padi...

3 stoogies
From the right side fara, syu and me
lepas fara pegi berdua la kami
Nanti JAC datang sape nak jawab nanti??

Yang berkopiah tu la bos kami
Adnan Yusop Ali nama diberi
Orangnya humble dan banyak toleransi
Janji keje siap, itulah trademarknye kepada kami :)

Aku sayang kat kompeni ni
selagi ada rezeki akan aku berkhidmat di sini
Tetapi aku tetap dengan biz ku di akademi
Dengan sifu2 yang ku kagumi
Untukku menambah rezeki

Jauh disudut hatiku
Ingin menjadi seperti bossku
InsyaAllah, aku bertekad untuk membuka sebuah kompeni sepertinya
Aku akan terus belajar.. dan belajar...
Kepada shahrul dan fara
THANKS for everything......

JOM LAYAN PIC...




Khamis, 26 Januari 2012

ChInEsE NeW YeAr & TaHuN NaGa

Happy Chisene New Year
Tahun ini jatuh tahun Naga
Menjanjikan tahun yang penuh bermakna
Buat sahabat2 kita yang berbangsa Cina
Semua kena berlipat ganda
Keutamaan kepada wang dan harta
Bagi yang berbisnes nak untung berjuta2
Bagi yang makan gaji, usaha juga kena berganda
Mana tau bos naikkan pangkat dan gaji seta merta



Nak Ajak kawan lihat sejenak disini
Tak ramai kawan kita yang berbangsa Cina yang makan gaji
Mostly kerja sendiri
Tak kiralah buat apa..insuran, kontraktor,MLM atau bukak company
Mereka tak mengharapkan duit subsidi
Semua dari kocek sendiri
Anak2 mereka diasuh dari azali
Dari kecik kena berdikari
Dah pandai kira apa itu MONEY

Kita kena ikut cara mereka bekerja
Tak suka buang masa
Ikut cara mereka yang baik2 sahaja
Yang tak baik jadikan sempadan dan tauladan yg berguna

Rasulullah pun dah tunjuk cara sebenarnya
Kita kena baca dan dalami sirahnya
Mereka (orang Cina) yang amik hadisnya
Kenapa kita sendiri tak ikut hadis junjungan kita

Jangan bermalas-malasan
Kelak kita akan ketinggalan
Kesian umat islam sekarang
Jurang ekonomi dan sosial terlampau jurang

Kalau kita tak ubah dari sekarang
Apa nasib anak2 kita pada masa akan datang

Wallahualam...

Isnin, 23 Januari 2012

Queen of PB

CDM ayu nama diberi
Tingkah lakunya lembut seanggun bidadari
Bertentang mata jarang sekali
Bila bertemu kelu lidah tidak terperi

Tulang belakangnya CDM Fitri
Smart bergaya tidak dapat disangkal lagi
Orangnya macho banyak kreativiti
Tidak hairanlah menjadi pengajar di akademi

Dulu cdm ayu orang biasa
Mcm kehidupan kita2 je
Bertekad utk mengubah keluarga
Utk lari daripada hidup yang biasa2

KepadaNya memohon malam dan siang
Bertemu sikotak hijau dan baju abang sayang
Bertukar penampilan bukan kepalang
Kalau tak caya tengoklah gambarnya di laman sesawang

Sisuami tersenyum puas
Melihat isteri bertata rias
Rezeki pun terbentang luas
Berkongsi kejayaan biarpun sekarang diatas

Rahsianya mmg tak perlu dirahsiakan lagi
Saya sudi bercerita kepada yang sudi
Kepada yang ingin mengubah penampilan diri
Agar lebih berkeyakinan tinggi
Jangan segan utk menghubungi
Nombor yang tertera dibawah ini

Salam sayang 0192767181

Jumaat, 20 Januari 2012

Apakah cukup begini???

Perkongsian ini Utk membuka mata
Bagi menyedari hakikat hidup kita
Jika begini, tak berubahla nampaknya
Hakikatnya, inilah pengagihan gaji kita
Kadang2 boleh defisit jadinya

Tak caya cuba lihat gambar ini
Hanya satu perkongsian di akademi
Oleh CDM FARIDAH yang tak asing lagi
Semua dicerita serba serbi
Bagi membuka mata inilah realiti
Yang kita tak boleh lagi bergantung kepada satu punca rezeki
Sabda nabi 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan tetapi bukan makan gaji
Tak salah utk makan gaji
Tetapi tak salah jika kita mencari lagi dan lagi

Nak berniaga pun kena ada ilmu
Tak boleh main serbu
Kena belajar daripada sifu
Boleh diajar mana yang tak tau

Tak tau berniaga diajar
Tak tau bercakap diajar
Tak tau tentang produk pun diajar
Nak menyimpan duit diajar
Segalanya diajar
Yang penting mahu belajar

Bagi sesiapa yang ingin tahu
Silakan bertanya padaku
Akan kuceritakan satu persatu
Aku tidak kedekut ilmu
Sesiapa yang nak tahu
Marilah dekat dengan ku

Nyiru tapak tangan
Sungai perak ku tadahkan
Yang ikhlas .. Aku

Hubungi 0192767181BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Selasa, 17 Januari 2012

BEZA AKU NGAN KORANG

AKU NAK ORANG TAK NAK
AKU MAHU ORANG TAK MAHU
AKU BUAT ORANG TAK BUAT
AKU BUAT PILIHAN TEPAT ORANG BUAT PILIHAN SALAH
AKU GEMBIRA ORANG SEDIH
AKU DAPAT ILMU KORANG TAK DAPAT ILMU
AKU KUAT KORANG LEMAH
AKU GEMBIRA KORANG SEDIH
AKU BUAT DUIT KORANG TUNGGU DUIT (kalau tunggu je tak berkembangla)
AKU NAK SHARE KORANG TAK NAK
AKU SENTIASA POSITIF KORANG SENTIASA NEGATIF
AKU ADA MASA KORANG TAKDE MASA (taktau le buat apa)
AKU NAK BELAJAR KORANG TAK NAK BELAJAR
AKU NAK BERJAYA KORANG NAK DUDUK LEKA
AKU NAK CANTIK KORANG TAKNAK CANTIK (untuk suami jugak)
AKU NAK SIHAT KORANG TAK NAK SIHAT
AKU CARI PELUANG KORANG TAK NAK CARI PELUANG

KESIMPULANNYA

AKU RAJIN KORANG SEMUA MALAS.....

Never Give Up

U should never ever give up.. Keep up the good work and always remember Allah is alwayz wif u.
Ask Him for help and alwayz say Alhamdulillah... Thank you Allah..

Only Allah knows Everything :)

Isnin, 16 Januari 2012

FAKTA:Akibat tersalah pilih saiz BRA, Wanita mengalami SAKIT PUNGGUNG

JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli.

Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik.
Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara.
“Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya.
“Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancangan bual bicara ‘The Right Support – Sorella’.
Rosalina mendedahkan, antara 70 hingga 80 peratus wanita di dunia menggunakan ukuran bra yang salah.


Malah, tujuh daripada 10 wanita di Indonesia tidak sedar pentingnya kesihatan dengan menjaga payudara.

Menurut alumni fakulti kedoktoran umum Universiti Trisakti itu, payudara boleh berubah ukuran pada masa tertentu (boleh lihat fakta mengenai payudara disini) dan bra tidak sesuai dengan bentuk payudara akan membuatkannya tidak selesa dan memberi kesan jangka panjang yang cukup buruk.

“Kes penyakit berkaitan bra gagal dikesan secara langsung. Biasanya doktor mengenal pasti ketika pesakit mengadu sakit punggung, dan apabila diperiksa ternyata ia akibat salah ukuran coli,” katanya.

Pengurus Pemasaran Sorella, Lucia Niken, berkata kempen ‘Right Support’ diadakan bagi membantu wanita Indonesia memilih bra yang tepat serta sesuai dengan payudara masing-masing ke arah membantu mereka menjalani cara hidup sihat.

“Dengan kempen ini, Sorella mengajak wanita Indonesia tahu bahawa ukuran payudara yang sebenar dapat membantu memberikan sokongan setiap saat,” katanya ketika promosi kempen berkenaan. – Agensi

SUMBER : CARI FORUM

So, why not kita bertukar kepada baju dalam yang lebih berkualiti untuk menjamin kehidupan yang sihat sebagai seorang wanita. Dengan pemakaian coli yang sesuai akan menjadikan kita lebih berkeyakinan dan memastikan kesihatan lebh terjamin.

Dengan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL secara tidak langsung dapat mengekang gejala sakit belakang, sakit bahu dan sakit punggung di kalangan wanita. Malah PB ini sudah diiktiraf oleh pakar tulang belakang antarabangsa.

Untuk konsultasi percuma boleh hubungi saya di talian 0192767181 (yusma). Saya sudi membantu..

Bersua kembali

Alhamdulillah..
Kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah
Memberikan sehela nafas.. Dan masih berpijak dibumi ini..
Bertemu kembali.. Setelah sekian lama menyepikan diri
Bukan merajuk tetapi terlalu sibuk
Tetapi sibuk itu bukanlah alasan sebenarnya
Hanya alasan semata-mata

Aku.. Masih lagi seperti yang dulu
Seorang pekerja dan sedang masih lagi bersama akademi taipan 181
Tidak pernah berundur walaupun sebatu
Membawa impian yang satu
Ingin membela nasib keluargaku
Dan masih ingin membantu rakan-rakan niagaku

Diamku bukanlah tidak berisi
Cuma mencari sedikit inspirasi
Dengan dorongan sifu2 di akademi
Untuk memantapkan lagi jatidiri diri ini

Bersama suami tersayang terus berjuang
Ibaratnya dimedan perang
Takkan mengalah walau sang lawan menyerang
Anggap itu semua lumrah alam

Jatuh bangun semua terletak kepada individu
Samada ia tahan atau lesu
Beruntunglah bagi yang kuat mcm batu
Sentiasa berusaha mencari sesuatu
Dan rugilah bg yg mengalah
Peluang sudah cerah
Tetapi putus asa tak sudah
Cepat berpaling arah

Aku masih disini
Akademi Taipan tetap gah berdiri
Sifu2 tak pernah pergi
Hanya anak murid silih berganti
Hanya yang mahu atau tidak
Lu pikirla sendiri :)


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Template by:

Free Blog Templates