Perjalanan yang jauh adalah bermula dari langkah yang pertama....
Dipetik dari (Imam Al-Ghazali, Penenang jiwa (Mukasyafah al-Qulub),2008 ms129-130)
Diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah.
Ibrahim bertanya, "Bagaimana mulanya sehingga kamu menjadi demikian?"
Syaqiq menjawab, "Aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya disitu. Maka aku berkata: Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. Maka aku berkata: Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki dimanapun aku berada. maka aku tinggalkan bekerja dan akan menyibukkan diriku dengan beribadah."
Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu, sehingga lebih mulia daripadanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tangan yang diatas lebih baik daripada yang tangan yang dibawah?" Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin itu selalu mencari yang lebih tinggi diantara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."
Kemudian Syaqiq memegang tangan ibrahim dan menciumnya seraya berkata, "Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"
Melalui pemahaman saya, kesimpulan yang dapat dibuat disini, sekiranya kita sihat tubuh badan, hendaklah kita mencari rezeki.. Bukan hanya bergantung kepada orang lain untuk memberi.. Dianjurkan juga kita mencari rezeki lebih ibarat kata-kata ini "Bekerjalah kamu ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu ibarat kamu akan mati pada esok hari".. So, mencari rezeki itu penting seperti pentingnya kita beribadah kepada Nya..
Selamat beramal....
Short Bra - So comfortable..
Maafla.. entry kali ini agak seksi sikit.. Just nak share dengan kawan2, HAIO telah melancarkan satu produk baru ShORT BrA Premium Beautiful
Pernahkah kita mengalami masalah berikut apabila memakai bra?
a) tali bra selalu jatuh dari bahu? Amat tak selesakan
b) tali bra selalu terrlipat?
c) underwire selalu bengkok lepas beberapa kali pakai?
d) panas kerana material kurang selesa?
e) muka jatuh dan badan membongkok
f) bila mengambil barang yang tinggi, bra ternaik, dan payudara terjatuh
Alhamdulillah.. Bagaimana anda semua harini.. Saya berasa cukup teruja dgn sambutan dirumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin semalam.. Mmg dasyat!!! Tak menang tangan kak tini... Mana nak layan tetamu, dgn juadah yang sentiasa di topup.. Wow!! Ketua kampung pun tak buat majlis macam tu k.. Ni leader Akademi Taipan punye majlis tau...
Saya tiba dimajlis tersebut agak lewat sbb menanti husband dr kajang membawa anak-anak.. Sebelum itu dari kelas WAB.. Kelas WAB pun boleh tahan.. Semua peserta positif terutama kenalan baruku.. Wina.. Syabas!! Anda berada dilandasan yang betul.. Tahniah akak ucapkan.. Nnti kita buat sama2 k.. Bantu adik2, mak dan ayah..
Ok, berbalik pada cerita open house tadi.. Setibanya kami dirumah kak tini, orang mmg ramai.. Macam2 gerai ada tapi yang sedihnya, dah ada gerai yang ditutup.. Sebab makanan dah abis.. Bayangkan betapa ramainya org..
Merasalah juga kami daging kambing panggang. 3 ekor daging panggang tau... Mmg terbaik!! Sos kambing panggang ni sedap hingga menjilat jari.. Hehe.. Daging kambing nya dimasak ala2 well done.. terangkat la makan.. Tapi tak boleh makan banyak2, nnti pening ...
Sungguh teruja melihat warga taipan warrior yang sanggup turun ke rumah terbuka kak tini.. Terasa makin buat biz ni makin ramai kawan2 yang belum kita kenali.. Yang bestnya.. Kat sini semua positif.. Semua nak berjaya.. Semua nak hebat..
Habis makan, kami bertolak pulang.. Ingat nak singgah kat rumah Kak Dah tapi orang lain dah menunggu depan pintu rumah kami di kajang.. InsyaAllah, lain kali kami datang ye kak dah.. Maaf banyak2 ye.. Mmg teruja nak g tgk umah kak dah pulak.. Asyik tgk kat blogspot je :)
Mari layan gambar2 yang sempat disnap :)
Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (didunia dan diakhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu" ; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehandakNYa". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terj) Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)
Blog: |
BeautyChannel |
Topics: |