Isnin, 12 September 2011

Realiti Hidup


Assalam kawan2 semua
saya masih diofis, menunggu suami untuk ke kelas di Akademi Taipan
Apa yang bestnye akademi ni..
Disini kita di bimbing selagi kita mahu
Kalau taknak takpe, tak boleh paksa
Tapi sesuatu benda tu kalau tak kena paksa mmg tak jadi

Contohnya bila kita kecil dahulu
Mak kita selalu kejutkan kita pagi2
Along.. Bangun, cepat mandi g sekolah
Mesti kena paksa bangun..
Ada yang liat sgt, sampai kena simbah dengan air baldi
Bila dah berjaya
Ingat kenangan zaman first time kena paksa sekolah dahulu


Bila dah ada di universiti
Kena pandai pilih kawan
Ada kawan yang paksa kita rajin belajar
Ada juga kawan yang paksa kita jangan belajar
Semua kita yang pilih

Beribadah pun sama
Zaman kecil dulu selalu kena paksa baca al-quran, solat berjemaah
walaupun kena pergi rumah guru agama bertemankan lampu suluh
berjalan kaki, menempuh jalan yang sunyi....
kalau tak di paksa jadilah zaman budak sekarang ni
suruh mengaji tak tau.. suruh solat tak reti
kalau tak dipaksa.. nak tggu kesedaran sendiri
mmg tak boleh.. banyak pengaruh lain kat luar sana

Oleh yang demikian
kita tiada cara lain
semua kena paksakan diri dulu
baru boleh lihat hasil
baru boleh lihat kejayaan
Kejayaan takkan datang bergolek
bila dah selalu terpaksa
baru ada kesedaran dalam diri
Untuk apa buat semua ini
Unuk apa berhempas pulas siang dan malam
Kenang masa zaman kecil dahulu
Pasti akan membuatkan kita berfikir kembali......







Template by:

Free Blog Templates