Isnin, 19 September 2011

Weekend Journey




Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua pembaca blog semua kerana sudi melayari blog ini.. Lama sudah rasanya tidak menulis..Terus terang yang sebenarnya saya baru belajar dan andai salah dan silap harap dimaafi.. Ibarat anak kecil yang sedang bertatih..

Sekadar berkongsi pengalaman menarik sepanjang hujung minggu yang lalu, pada hari jumaat kami sekeluarga ke Kulim Kedah untuk menziarahi saudara sebelah ayah mertua. Mmg teruja tgk bandar KULIM.. tak sama macam TELUK INTAN.. walaupun orang sana kata bandar kulim takde ape2, tapi yang sebenarnya, TELUK INTAN lagi mundur..hehe.. Jgn terasa ye orang PERAK.. saya pun berasal drpd TELUK INTAN ni.. tapi pada pengamatan saya mmg jauh berbeza..

Hari sabtu pula kami ke Jeti Batu Musang, Penang.. Cantik tempat ni tapi belum dipromosikan secara meluas lagi..Dekat sini, kita akan nampak pemandangan Jambatan Pulau Pinang yang kedua sedang giat dibangunkan.. jangka siap tahun 2013.. Tak sesakla warga penang lepas ni.. Warga Taipan Warriors mesti lagi ligat turun naik pulau..hehehe..


Bukan main bergaya tiga beranak ni dekat Jeti Batu Musang.. Almaklumlah panas :)

Pemandangan dari atas jeti. Nampak tak macam ada kapal2 kecik tu.. Itu sebenarnya adalah tiang2 jambatan kedua Pulau Pinang.

Lepas g jeti nak masuk pulau pulak tapi nak g bukit bendera jem pulak.. apalagi perpatah balik la, dan ayah mertua pula bg cadangan.. "apakata kita ke Kelantan?".. Mula2 mcm tak percaya, tetapi kalau nak ikutkan mmg dekat perjalanan daripada Kedah ke Kelantan.. hanya mengambil masa 3-4 jam.. Dalam perjalanan ke Kelantan kami singgah di R&R banjaran titiwangsa.. mmg hebat sungguh pemandangan diatas sana.. Subhanallah, ciptaan Mu mengatasi segala-galanya..


Fasihah dan Fahim bergambar di atas banjaran.. laung apa tu fahim?? go go Taipan ke :)
Sampai ke Jeli dalam kul 5. Solat jamak dulu di Masjid Beijing. Daripada yang dibaca disitu masjid ini baru setahun dan diilhamkan drpd Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Mmg cantik dan lain daripada yang lain.. Jemaah pun ramai.. Mmg teruja dengan seni reka bentuknya :)
Credit tu Tuan Guru for this beautiful mosque

Dah sampai kelantan apa lagi "SHOPPING TIME" la.. gedung membeli belah yang termurah sekali di malaysia.. hehe.. Teringin pula tidur di tepi pantai, so PCB la tempatnya.. sampai PCB dalam pukul 7.30pm. Sesudah isyak kami ke Wakaf Che Yeh.. Disebabkan hujan tak dapatla nak bershopping sakan.. Mana yang sempat je grab.. Nak berdemo mmg tak sempat. Takpe, lain kali kena g lagi..
Dalam perjalanan pulang pada hari ahad, kami sempat ke rumah Tuan Guru.. Sejuk, damai dan tenteram sebaik sampai dikawasan rumahnya.. Alhamdulillah, sampai juga saya kesini.. InsyaAllah, lain kali datang mesti dapat berjumpa dengan beliau :)
Pemandangan hadapan mahligai Tuan Guru
Sempat berposing..hehe

Dalam perjalan pulang sempat lagi ke Losong Terengganu untuk membeli kepok lekor.. mmg the best la kepok2 kat sana.. Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke KL pada pukul 12 tgh malam.. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami dr Kelantan ke Kuala Lumpur.. Walaupun tak dapat berjumpa dengan sahabat handai, terasa puas dapat bawa (mak dan ayah) jalan2 di sini.. InsyaAllah, bulan November kita (tak lupa mak abah kat perak) pegi Kuching pulak ye..Rezeki yang ada ni, sama2 dikongsi..








Template by:

Free Blog Templates