Selasa, 27 September 2011

BURUNG YANG PATAH SAYAP ATAU BURUNG YANG SIHAT???

Dipetik dari  (Imam Al-Ghazali, Penenang jiwa (Mukasyafah al-Qulub),2008 ms129-130)

Diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah.
Ibrahim bertanya, "Bagaimana mulanya sehingga kamu menjadi demikian?"
Syaqiq menjawab, "Aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya disitu. Maka aku berkata: Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. Maka aku berkata: Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki dimanapun aku berada. maka aku tinggalkan bekerja dan akan menyibukkan diriku dengan beribadah."

Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu, sehingga lebih mulia daripadanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tangan yang diatas lebih baik daripada yang tangan yang dibawah?" Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin itu selalu mencari yang lebih tinggi diantara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."

Kemudian Syaqiq memegang tangan ibrahim dan menciumnya seraya berkata, "Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"



Melalui pemahaman saya, kesimpulan yang dapat dibuat disini, sekiranya kita sihat tubuh badan, hendaklah kita mencari rezeki.. Bukan hanya bergantung kepada orang lain untuk memberi.. Dianjurkan juga kita mencari rezeki lebih ibarat kata-kata ini "Bekerjalah kamu ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu ibarat kamu akan mati pada esok hari".. So, mencari rezeki itu penting seperti pentingnya kita beribadah kepada Nya..

Selamat beramal....

Template by:

Free Blog Templates